Wednesday, August 6, 2014

HOPE

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca aku yang muslim. Dan aku ingin ucapkan takziah juga kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa MH17, moga roh mereka bersemadi dengan aman.

Dalam entri aku kali ini, aku nak cerita pasal Unity despite religious and racial differences.

Dunia hari ini, ramai saudara seagama Islam dengan kita di seluruh dunia termasuklah Syria, Palestine, Afghanistan, dan banyak lagi, hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Even Raya baru-baru ini pun, dorang tak dapat nak sambut happy-happy macam kita kat Malaysia ni.

Okay, let's turn back time 3 months from now, aku nak cerita pasal apa yang aku nampak ketika aku bawa isteri aku ke Vendeur Festival di Shah Alam. Vendeur Festival ini macam festival membeli-belah la, famous abis sampai crowded Stadium Melawati Shah Alam tu. Hari kedua festival itu, aku datang dengan isteri aku.

Dah selesai beli barang-barang, kami pun duduk di luar entrance stadium itu. Nampak la sorang pakcik Arab ni tengah meminta derma tapi tak ada orang pun yang layan. Masa kami pandang dia, dia pun datang la dan minta derma kat kami. Dia pun cerita la dia datang dari Afghanistan, datang ke Malaysia untuk kutip fund nak buat sekolah kat sana. Dia siap tunjuk gambar-gambar sebagai bukti, cukup menyayat hati aku tengok. Budak-budak sekolah di sana belajar kat luar, I mean open air lahh. Asal ada atap sikit je untuk berteduh, yang lain semua dipenuhi tanah dengan batu-bata construction yang tak siap lagi.


Macam ini lah keadaan mereka belajar, memang sangat sedih aku tengok.


Aku dan isteri hulurkan sedikit, setakat mana yang kami mampu. Dia berterima kasih dan cukup bersyukur. Sedih bila memikirkan nasib dia, datang dari jauh dengan harapan untuk meminta bantuan dari saudara seislam di sini. Aku pun perhati je dia mengutip derma, approach semua pengunjung festival.

Lagi bertambah sedih, bila aku tengok ramai yang buat bodoh, menolak dia mentah-mentah. Ada yang siap bawak family, tengah dukung anak kecik, belum sempat pakcik tu nak nak approach dan explain, dia dah geleng-geleng kepala kata "No, no, no!" banyak kali. Itu ke yang nak dijadikan contoh kepada anak-anak? Melayu kita pulak tu.

Lepas tu pakcik tu approach la seorang mamat berbangsa india yang tengah duduk hisap rokok di tepi divider tu. Mamat tu memang nampak ganas la, dengan tattoo pe semua. Lepas pakcik tu dah explain, mamat tu teliti gambar-gambar pakcik tu, dia hulur RM20. Walaupun bukan seagama, tapi niat dia nak tolong manusia sesama manusia. Malu aku dengan melayu kita, datang bawak duit banyak untuk bershopping, RM1 pun tak hulurkan untuk bantu saudara seagama.

The point of the story is, despite of all different religions, different race, different beliefs, why don't we help them for the sake of humanity? Why should they be left with so little while we live so large? Samalah dengan apa yang terjadi sekarang di Gaza dan Palestine, all thats left of them is hope. We can be that hope, even as simple as posting a picture of you holding a paper that says "Free Gaza And Palestine". They need it, they need us.

Sekarang ramai pulak mempertikaikan dan memperlekehkan isu boikot. Ini pendapat aku la, setiap hari kita takkan lari dari menggunakan atau menyumbang kepada produk Israel sebab dorang memang dah mendominasi segalanya. At least kita ada usaha untuk meminimakan penggunaannya walaupun sikit. AT LEAST ADA USAHA. Bukannya jadi keyboard warrior and tell people its useless and helpless. Itu bukan usaha namanya, itu memusnah dan menghancurkan harapan.

I'm speaking for all religions and race, the fact that the Zionists having control over the world, is why we have to unite to save humanity. The only thing that we're capable of doing is to boycott them financially. Yes, they may have the resources for 50 years to come because they've already prepared for this, but it's our way to show them that humanity isn't lost and may still rise against them. It's to show them that this world is not theirs to conquer. This is war, and our most effective weapon in going to war with Israel's economy is boycott

Yes, every religion have their own ways and beliefs. Dalam Islam, boikot cara hidup Yahudi adalah lebih utama seperti yang diajar oleh Nabi S.A.W. Kembali je jalan Allah S.W.T., janganlah biarkan masjid pun jadi lengang macam McDonald's dan Starbucks, penuhikanlah masjid, tinggalkan segala larangan-Nya dan bersatulah umat Islam. Benda ni lah yang Yahudi paling tak nak dan paling takut, umat Islam semua bersatu ke jalan Allah S.W.T. Biarlah usaha kita sikit, tetapi tetap berusaha untuk pertingkatkan keimanan kita dan hidup mati dengan Islam. Memang betul, tidak dinafikan, cara ini lebih utama dan diberi ganjaran pahala yang lebih besar, tapi kadang-kadang ada orang jadikan ni alasan untuk mengatakan boikot produk tu sia-sia, walhal dorang sendiri pun tak praktikkan boikot cara hidup Yahudi. Kedua-duanya afdal, dan kita umat Islam seharusnya jalankan tanggungjawab kita. Tak kiralah banyak mana usaha kita, yang penting, ada usaha.

Tapi, boikot itu adalah atas pilihan masing-masing, bukan wajib pun. Takda orang paksa. Jangan pula kita mengherdik dan mencaci mereka yang tak memboikot dan yang bekerja dengan francais yang menyalurkan sumbangan kepada Israel pulak. Kita tak diajar untuk menyekat rezeki dorang. Kita tak boleh kacau bisnes francais tersebut. Janganlah sampai ludah kat muka pekerja Starbucks pulak, aduh. Dia cari rezeki halal,  ya Allah. Yang menjadi sasaran, bukan company tu, tapi Israel. Kita memboikot company tu sebab dia menyalurkan sumbangan pada Israel, pada masa yang sama, kita nak company tersebut hentikan kegiatan dorang tu dan join kita untuk sama-sama jatuhkan ekonomi Israel.



Biarlah orang kata usaha kita sia-sia, tapi Allah S.W.T. takkan soal kita tentang tu, Allah S.W.T. akan tanya, apakah yang sudah kita lakukan untuk agama Allah S.W.T.? Tak kira besar mana pertolongan kita.

Bila saudara kita di Gaza dan Palestine tau dan nampak gambar kita ramai-ramai berhimpun pegang sign "Free Gaza, Free Palestine", tak ke benda tu bagi dorang harapan untuk teruskan hidup. Dalam keadaan dorang macam tu, itu yang dorang paling perlukan, HARAPAN.

Even United Nations pun tak berkuasa nak tangani isu ni disebabkan United States protects Israel. Jadi, tak yah la nak duduk diam dan harapkan pemimpin-pemimpin semua bersatu jatuhkan Zionis. At least, usahakan sesuatu. Biarlah sekecil mana pun.

Tak kira apa atau banyak mana usaha kita, asalkan ada usaha. Tak kira bangsa dan agama. Dan aku harap, usaha aku untuk menyebarkan entri ni kepada pembaca-pembaca aku worth it. 

Sampai sini saja entri aku kali ini. Minta maaf kalau ada fakta-fakta yang tersalah atau menyakitkan hati. Aku tau aku bukannya alim, warak, berilmu, nak pandai-pandai cakap whats right. But I stand for what I think is right. And whats right is, to not make fun of others' pure efforts, to minimize any usage of Israeli products as possible, to stand united despite of different religions and race, to give HOPE to those who have none, to include our brothers and sisters in Gaza and Palestine in our prayers everyday.

Terima kasih.

Assalammualaikum.

Friday, May 23, 2014

Don't Judge A Book By It's Cover

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

First of all, korang mesti dah penat dengar ayat aku ni, aku busy sampai tak sempat nak update belog, yes betul hahaha! Abang busy melampau ni, derr. La ni pun sempat la update skit-skit sebab tengah bercuti di kampung halaman di Langkawi. Sorry ya, pembaca sekalian.

Entri kali ni aku nak bercerita pasal pandangan orang dari segi paras rupa. Baru-baru ni, ada seorang pembaca blog isteri aku email personally ke isteri aku. Seorang gadis bernama Ain (bukan nama sebenar), yang mempunyai persamaan dengan isteri aku dari segi ketinggian. Ain sebelum ni takda la kurang confident, tapi pabila seorang lelaki yang diminatinya sering membahannya mengenai ketinggiannya, Ain mula rasa insecure. Dia tanya kat Yuyu, macam mana Yuyu ada self confidence walaupun bertubuh genit dan bagaimana aku terima Yuyu seadanya.

Well, lad, aku tak pernah judge Yuyu dari segi paras rupa. In fact, aku tak sedar pun Yuyu rendah sangat-sangat pada awal detik perkenalan kami. Sebab aku memang sangat terpegun dengan personalitinya dan jatuh cinta dengan dirinya yang sebenar. Yuyu dan aku ada banyak persamaan, bila kami bersama, kami masing-masing boleh jadi diri sendiri dan rasa sangat selesa. Paras rupa sangat tak penting, bagi aku.

 

Lagipun, ketinggian Yuyu tu bukannya benda yang patut mengurangkan self-confidence dia. It is a gift, dia nampak comel kot! Alalaa dak comel tu! Bagi aku, dia lah wanita yang tercantik dalam dunia. Aku terima dia seadanya (which is gorgeous, of course) sebagaimana dia terima aku.

Kali pertama aku rasa Yuyu paling cantik, adalah waktu pertama kali aku tengok dia tanpa mekap. Keindahan wajah semulajadinya, tiada tolok bandingnya! Sampai sekarang, aku selalu bagitau dia bertapa cantiknya dia kalau tak pakai mekap, dan aku tak bagi dia pakai mekap tebal-tebal! Sebab aku suka tengok wajah natural dia, bukan wajah yang dah dialter tu.

So, kepada Ain, atau sesiapa saja yang mengalami masalah seperti kurang confident dari segi paras rupa, sering dibahan, atau takut tak diterima orang yang diminati, ingat, di luar sana, Allah S.W.T simpankan seseorang yang akan terima korang seadanya, yang selalu bagitau bertapa cantiknya anda, yang bakal menjadi teman hidup dan kawan baik korang selama-lamanya. Hargai diri sendiri, itu yang paling penting. Learn to love yourself, because if you don't, you can't love others, thus, you can't be as good as you are supposed to be.

Well, sampai sini saja entri aku kali ni. Sorry pendek sangat! Kekurangan idea dan masa! Kalau ada apa-apa komen dan sebagainya, silalah comment atau personally email aku ya!

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.


Thursday, April 24, 2014

Trip To Johor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Ahahaha korang mesti menunggu entri baru dari aku kan?? *perasan, padahal takda orang tunggu pun hahaha sedih :'( Well, sekarang dah makin sibuk, kandungan dalam isteri aku pun makin membesar, siap ngan womb service lagi (womb service ni macam room service la, orang bilik main order makanan je, tapi bezanya, ni dalam womb). Dalam penat-penat ni, aku nak gak update blog! Tak kira! Ahahaha xD

Dalam 2 minggu lepas, aku dengan isteriku, Yuyu Zulaikha, buat trip pergi ke Johor wuuhuu! Main reasonnya adalah sebab aku ada gig dengan Ballad For Layla kat Johor Bahru, yeahhh! Dan alang-alang dah kat Johor, kitorang pun ziarah *Mbah (*nenek dalam bahasa Jawa) di Parit Saidi, Ayer Itam. Jumaat lepas aku habis kerja, terus bergerak ke Johor. Destinasi pertama, rumah Mbah di Parit Saidi, Ayer Itam! Tapi sebab Yuyu lapar, singgah la Mid Valley makan-makan dulu... =.='

Malam tu, pukul 2 pagi gak la sampai rumah Mbah. Kesian Mbah penat tunggu kitorang sampai. Tertidur dia dalam bilik. Pastu terpaksa kejut dia untuk bukakan pintu... Gomennasai, Mbah-chan! >_< Mbah ni memang hobi dia bagi orang makan, so, masa kitorang sampai pukul 2 pagi tu, boleh lagi ajak makan! Ahaha kitorang terpaksa menolak pelawaan Mbah dan straight pergi tidur je! Gomennasai again, Mbah-chan! T_T

Esoknya aku bangun apak lambat! Biasa ar,penat en. Dah mandi-mandi, aku pun siap-siap lah nak ke JB untuk perform dengan Ballad For Layla! Rawrrr! Hehehe konon-konon ganas. Macam biasa, Mbah jamu aku breakfast yang agak padu ar, sebab Mbah tak tahu aku suka apa untuk breakfast, jadi dia buat lah semua breakfast. Ada kuih muih, ada nasik goreng, ada bihun goreng, ada nasik lemak, semua jenis breakfast la ada xD Aku pun melahap la pagi-pagi tu! Bandmates aku yang lain dah sampai sehari awal, dorang duduk hotel yang disponsor oleh organizer, syok eh korang!

Ni gambar hari Jumaat masa dorang otw ke JB
Dari kiri : Fei, Shaf, Kimi dan Peakay

Aku baru nak gerak, dorang dah sampai venue dah! Apak awal! Aku pun rushing la ke sana secepat mungkin sebab slot kami pukul 2:30 pm. Dah kiss goodbye Yuyu, salam-salam saudara-mara, terus NeedForSpeed!

Sementara tunggu aku sampai, bandmates aku decide untuk jadi anti-social jap

Pukul 1:30 pm aku sampai, hangout dengan dorang sekejap, and ready to hit the paddle to the metal! Suasana gig sini memang best lah, crowd semua memang supportive and memang caya lah! Kitorang perform 5 lagu, semua lagu dorang layan and singalong! Way to go, JB! Dah la aku dah lama tak perform, dapat plak gig yang crowd menggila macam ni, aku pun naik gila and screamed my lungs out la!

Macam ni lah keadaan gig di JB! Sangat crowded dan penuh dengan crowds yang ohsem! \m/

Dah selesai perform, aku pun lepak-lepak jap dengan bandmates aku. Dah lama tak jumpa dorang kan, so ada banyak benda nak catchup. Dorang siap boleh main pingpong lagi hahaha aku pulak lepak dengan Kimi dan kawan lama aku, Hakim.


Dah lama berlepaking, aku pun balik ke Parit Saidi dan sampai sana dalam pukul 9 malam. Sampai-sampai je, aku terus tukar baju dan pergi rumah jiran sebab ada kenduri doa selamat. Abang dah habis metal tadi menjerit-jerit, pastu pergi kenduri doa selamat heheh xD Lepas habis semua tu, balik and tidur! Wuuuu!

Esoknya Ahad, hari terakhir kami di rumah Mbah, so kitorang bawak Mbah pergi jalan-jalan beli barang kat supermarket pe semua. Lepas tu ke rumah Wak Pani (anak kepada Mbah, bapa saudara Yuyu). Mbah memang jarang keluar rumah sebab tak mampu, tapi kali ni dia nak gak keluar dengan kitorang wuuhuu!

Mbah dengan cucunya bershopping bukan main lagi!

Habis je shopping, kitorang bawak Mbah ke rumah Wak Pani kat Parit Raja. Wak Pani dengan isteri dia happy macam dapat pulut tengok Mbah datang rumah dorang. Sebab Mbah memang jarang datang. Dia tak suka keluar rumah kan.

Selesai lepak-lepak rumah Wak Pani, aku dan Yuyu pergi ke tempat yang kitorang wajib pergi untuk dating, Sungai Lurus! Kat situ tepi pantai, ada restoran nelayan, dorang jual kerang goreng, favorite kitorang! Wuuhuu! ^_^

Settle berdating, kitorang pun balik rumah Mbah untuk bersiap-siap balik... :'( Sedihnya nak tinggalkan Mbah... Mbah dah sangat-sangat tua dan tinggal sorang-sorang kat rumah. Dia taknak duduk dengan anak-anak dia sebab dia sayang nak tinggalkan rumah.

Sebelum kami balik pun, Mbah jamu kitorang dengan dinner yang ohsemm! Mbah memang suka masak and bagi orang makan banyak-banyak. Siap bungkuskan untuk kitorang bawak balik hahaha xD Dah pukul 8:30 pm, aku pun panaskan enjin kereta untuk bergerak balik. Sedih tengok Mbah. Harap sangat dapat balik lagi jumpa Mbah banyak-banyak kali.

Isteriku dan Mbah

Inilah rumah Mbah. Tempat di mana arwah ayah Yuyu membesar. Aku akan pastikan aku akan bawa isteriku balik ke sini sekerap mungkin untuk berjumpa dengan Mbah yang tersayang

Selepas bertolak balik dari rumah Mbah dalam pukul 8:30 pm, kami tiba di rumah kediaman kami di Selayang pada pukul 2 am. Penat sangat-sangat! Sampai-sampai je terus tidur terbungkang, esok kerja! Ahahaha nice! Well, the journey had come to an end. Dari menjerit-jerit atas stage sampai la ke ziarah saudara-mara, akhirnya aku dah sampai rumah and ready untuk teruskan kehidupan macam biasa.

Well, setakat sini sajalah entri aku kali ini. Mohon maaf sangat-sangat lama tak update! Gomennasai, pembaca-chan! xD Apa-apapun, harap korang enjoy membaca, dan sekiranya ada apa-apa nak komen, jangan malu-malu.

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.


Friday, April 4, 2014

Entering The Second Trimester

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya, isteriku, Yuyu Zulaikha, berjaya mengharungi trimester pertamanya sebagai ibu mengandung. Sekarang dah masuk trimester ke-2, macam-macam persediaan dah kami buat, dan yang paling best, pergi buat ultrasound! Wuuhuu! Jum tengok!

2/4/2014

Aku balik kerja dengan keadaan yang agak tension sebab kena pressure kat office. Tambah dengan letih lagi kan, aduishhh. Balik-balik je, kena kemas rumah sebab isteriku tak larat nak kemas rumah dah. Dia nak bangun pun tak larat. Kesian tengok dak kecik comey tu, aku pun ganti tempat dia sebagai suri rumah pula, cuci pinggan, menyapu, buang sampah haha xD Susah wey dapat suami baik macam aku ni tau! Tak banyak complain!

Dah settle mengemas, pergi mandi n solat, bersiap pulak nak pergi buat pregnancy checkup. Kitorang pergi ke Gombak Medical Center untuk monthly pregnancy checkup sebab bagi kitorang, sini memang terbaik. Layanan superb. Doktor dia sangat ramah dan dia buat kita rasa selesa sangat nak bercakap or bertanya. Siap bagi nasihat untuk ibu mengandung, macam mak-mak dah. So, tepat pukul 8 kitorang sampai sana.


Suasana dalam office doktor Gombak Medical Center

Doktor dah panggil masuk and buat beberapa pemeriksaan dulu lah. Sempat gak aku nak tangkap gambar haha takpa, doktor situ bagi je tangkap gambar, takyah nak malu-malu, kuarkan je handphone, snap je gambar banyak-banyak. Korang nak snap gambar Dora The Explorer tu pun tak menjadi masalah.

Bila tiba je time nak ultrasound, jantung aku dupdapdupdap! Sebelum ni pernah buat ultrasound, memang nampak, tapi kecik dan kurang jelas. Pernah sekali tu buat ultrasound, minggu ke-9, aku nampak Jet Junior bergerak-gerak, ya Allah! Menangis aku time tu! :')


Nampak tak Jet Junior?? Comelnya dia!!

Haaaa bila dah keluar Jet Junior kat skrin tu, aku punyalah happy macam dapat cikedis! Besarnya dia! Sihatnya dia! Hilang segala rasa tension dalam kepala otak, hilang segala masalah, tinggal happiness je... Penat lelah tadi pun serta-merta hilang, jadi sihat dan bertenaga macam baru minum Milo. Ya Allah, syukur ke hadratMu, anakku sihat membesar dalam rahim isteriku...

Masa tu doktor tunjukkan tangan dia, kaki dia, muka dia. Comel sangat-sangat! Siap tengah hisap jari lagi! Pastu doktor tu kata, "taknak tunjuk kat papa ke? papa datang ni...", terus Jet Junior bergerak-gerak dengan aktifnya! Menjerit kitorang! Ya Allah, comelnya! Aku pun kelam-kabut amik handphone nak record! Yuyu dah menangis-nangis dah tengok keajaiban dalam rahim dia tu hehee :')

 
Tu dia Jet Junior, dia tengah hisap jari!! Comelnyaa!!

Aku ada recording Jet Junior bergerak-gerak. Nanti aku upload kat dalam youtube kalau ada masa ya ;) Dalam 2nd trimester ni, aku kena pikul tanggungjawab yang lebih. Sebab inilah time yang yuyu paling perlukan aku. Setiap masa aku kena ada dengan dia, masakkan untuk dia atau belikan makanan, make sure dia makan semua ubat-ubat and minum susu, jaga emosi dia. Macam yang aku cakap sebelum ni, apa yang aku buat, semuanya aku buat untuk Yuyu dan Jet Junior. Dah takda kepentingan untuk diri aku sendiri dah. Because, it's no longer about me.

Well folks, setakat ini je aku mampu berkongsi harini. Kalau ada apa-apa komen yang tersirat di hati, jangan segan-segan, suarakan je pendapat korang yeh! Dan minta jasa baik korang semua, tolong doakan aku, Yuyu dan Jet Junior ya! 

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

Monday, March 31, 2014

Blogger Review : TKO Fat Burner Mega

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Hohoho minta maaf banyak-banyak dah lama tak update blog! Biasa ar, busy menjaga bini dan kandungan kesayangan cewahh! Kadang-kadang tu ada je masa tapi takde idea la plak kan.

Okay now, harini aku nak cerita pasal benda yang tengah trending sekarang! banyak benda trendy sekarang ni, termasuklah hairstyle sagat tepi dan belakang pakai pomade, budak kecik main Ipad, filem gangster Malaysia, Maharaja Lawak* (Skool Of Lawak, Karoot Komedia dan sebagainya), superbike dan macam-macam lagi. Tapi yang paling-paling-paling trending sekali adalah Gym! Wuuhuu!

*Fakta : The Voice tak akan diadakan kat Malaysia sebab takkan dapat sambutan, orang Malaysia suka tengok benda lawak je sekarang haha xD

Ni aku cerita bukan main-main tau, ni fakta sebenar ni, hampir 137% daripada kawan sekolah aku, kalau sekarang jumpa setelah sekian lama tak jumpa, semua badan ketak-ketak! Dah macam Incredible Hulk dah semua! Kena la mendongak kalau nak bercakap dengan dorang akibat aku ni kecil dan tak bermaya hahaha!


Ni lah kawan-kawan aku dari sekolah. Semuanya badan ketak-ketak en! Yang Fahmi (kedua dari kiri) tu dalam gambar je nampak kering, sebab die tak photogenic. Kalau depan-depan, tough gile wehh! xD
Aku masa zaman sekolah dulu yo yo o je nak main gym pe semua,tapi tak pernah consistent. So, sampai sekarang la aku tak pernah tough haha xD Masa nak main gym pun tak ada da sekarang, sebab dah ada komitmen dan tanggungjawab yang besar, kan. My wife and my future child! Because once I'm married and having a child, it's no longer about me. 

So, aku utamakan kepentingan mereka dulu dari aku. Aku tak boleh selfish buat benda untuk kepentingan aku sorang je sekarang. Asal ada masa je, aku luangkan dengan isteri aku, tolong dia kemaskan rumah, tolong belikan dia makanan, teman dia tengok movie dan berbual.

Tapi derr, buncit gak ar perut kalau tak bersenam kan! Ahahaha xD Itulah sebabnya aku kekalkan gaya hidup sihat dengan berjogging setiap hari sebelum pergi kerja! Wuuhuu! Bangun subuh, lepas selesai solat, aku pun bersiap-siap lah untuk pergi jogging. Aku masuk kerja pukul 9 pagi, so memang sempat la cerita dia nak jogging ulang-alik ke Seremban pun.

Sebelum jogging, aku akan sediakan dua benda. Satu, air susu suam untuk aku minum lepas balik dari jogging, dan satu lagi, air bancuhan TKO Fat Burner Mega untuk aku minum sebelum mula jogging! Haaaaa!


Bukannya aku nak kata aku ni gemok la, tapi berisi la orang kata. Jadi, untuk tambah pembakaran lemak time jogging, aku minum secawan air bancuhan TKO Fat Burner Mega. Aku berpeluh dua kali ganda daripada jogging biasa. Kalau tak jogging pun, aku duduk rumah pun aku minum benda ni, berpeluh walaupun duduk je! Fungsi benda ni takde la macam pil fat burner lain yang bagi extra strength, minum pun badan tak jadi panas. Jadi, sesuai la untuk sesiapa pun, lelaki mahupun wanita :-D

Kalau pil fat burner yang lain, mungkin ade side effect lain la macam effect kat ginjal ke en. Tapi TKO Fat Burner Mega ni dijamin selamat, dibuat dari ramuan semula jadi iaitu Acai Berry, Red Ginger, Brindall Berry, Green Tea, Capsicum, Guarana, White Kidney Bean dan Cinnamon. Rasa pun sedap, macam Ribena! Jadi, kalau anda semua nak cuba experience weight loss yang ketara effectnya, aku rekemenkan korang untuk cuba TKO Fat Burner Mega!

Sekarang ni, aku just maintain jogging setiap hari untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya aku boleh sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk isteri dan bakal anak aku. Semua yang aku buat sekarang, aku buat untuk mereka. Tak ada dah nak enjoy-enjoy macam time muda-muda dulu haha.

Cukuplah setakat ni entri kali ni, aku banyak receive respond baik dari post-post yang sebelumnya dan rasa semangat nak update banyak-banyak lagi pasni. InsyaAllah, aku akan update sekerap mungkin ya.

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

Monday, March 10, 2014

The Most Anticipated Movies of 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita beramai-ramai berdoa kepada penumpang dan anak-anak kapal flight MH370. Semoga usaha pencarian mereka berjalan dengan lancar. Doa dan ingatan juga bersama keluarga dan sahabat mereka.



Entri kali ni aku nak share dengan korang, movie-movie pada tahun ni yang aku rasa tak sabaq nak tengok! Kan aku dah habaq, aku memang kaki movie wehh heheh :-D Sama lah dengan isteri aku, kami sama-sama memang gilakan movie. Kalau pergi Mid Valley, wajib tengok wayang! xD

Bagi aku, tahun ni agak banyak cerita yang best-best akan kuar. Sebab aku minat cerita sci-fi dan action kan, so banyak lak cerita genre tu kuar tahun ni, memang terbaik la cerita dia! Tapi, masing-masing ada pandangan masing-masing, betul? Jadi, tak semestinya semua cerita yang aku suka, korang pun suka, kan. Aku cuma bagi pendapat aku je tau ^_^

Aku akan bagi Top 10 list movie yang dinanti-nantikan yeh? Kalau bagi Top 100 nanti lebam lak mata korang nak baca entri aku ni!




10. 22 Jump Street





Cerita ni sequel dari 21 Jump Street (2012) yang juga merupakan remake dari TV Series yang ditayang dari tahun 1987 hingga 1991. Cerita 21 Jump Street tu serious kelakar gila! Cerita pasal Morton Schmidt (Jonah Hill) yang selalu dibuli oleh Greg Jenko (Channing Tatum) sama-sama join MCPD (Metropolitain City Police Department) dan diassignkan dalam satu mission untuk menyamar sebagai pelajar sekolah menengah. Aku tak sabar nak tau ape kisah dorang kat dalam sequel dia ni! Klik sini untuk trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 13 Jun nanti.



9. Teenage Mutant Ninja Turtles




Siapa tak ingat cerita Ninja Turtles ni dari zaman kanak-kanak dulu. Masa aku kecik dulu, memang benda ni macam aku punya Upin-Ipin lah! Walaupun aku tak berapa ingat jalan cerita dia, tapi bila tengok siri kartun dia kat Nickelodeon, ada la teringat skit-skit. Tapi yang aku paling sure, dorang ni Mutant (dah nama pun 'Teenage Mutant')! Michael Bay plak pandai-pandai nak ubah cerita buat dorang sebenarnya Alien! Duhh! Dah la dia rosakkan Transformers! Arrghhh! The good news for all the boys, ada Megan Fox! Woot woot! Dia akan bawak watak April O'Neil! Setakat ni, dorang tak keluarkan trailer lagi. Cerita ini akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti.



8. How To Train Your Dragon 2



Siapa tak ingat si Toothless yang comel kat dalam cerita ni, angkat tangan!! Tampar laju-laju kang! Haha cerita ni sequel dari cerita How To Train Your Dragon (2010). Cerita yang first tu memang tak tipikal dan buat kite tak sabar nak tau ape yang akan berlaku sebab cerita dia agak unpredictable. Tambah lak dengan si naga comel bernama Toothless tu, adoii, geram lak aku tengok! Sebijik macam kucing aku! Tak sabar nak tengok cerita ni. Klik sini untuk trailer. Bakal ditayangkan kat wayang pada 13 Jun nanti.



7. Captain America : The Winter Soldier




Well, Captain America kot! Nak cakap ape lagi?? Haha aku memang peminat Marvel dari kecik lagi. Rasa kagum gila tengok character komik yang aku minat dihidupkan dalam cerita ni. Cerita ni sequel dari Captain America : The First Avenger (2011) dan installment Marvel Cinematic Universe (MCU) yang ke-sembilan. Kat dalam cerita ni juga, Captain America (Chris Evans) akan digandingkan dengan Black Widow (Scarlett Johansson) *woot woot!~ untuk berlawan dengan musuh yang main nyorok-nyorok kat Washington D.C. Klik sini untuk tengok trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 4 April nanti. *psstt... spoiler alert. Winter Soldier (musuh utama) tu kawan lama Captain America, Bucky! xD



6. The Amazing Spider-Man 2




Cerita ni sequel dari The Amazing Spider-Man (2012). Jalan cerita dia lain la dari version Sam Raimi yang Tobey Maguire berlakon tu, tapi Spiderman yang ni lagi serupa dengan kartun asal dia. Kurus dan lean, dengan suka pot pet buat lawak time berlawan. Kali ni, sut dia pun design iras-iras yang kartun punya! Style wehh! Musuh dia kali ni ada 3 orang, Electro, Green Goblin dengan Rhino. Tapi yang main antagonistnya Electro la. Klik sini untuk trailer. Cerita ini akan ditayangkan pada 2 Mei nanti.




5. Godzilla




Godzilla ni pada asalnya filem Jepun. First appearance dia adalah pada tahun 1954. Dia macam Ultraman gak la, dok musnahkan bangunan mainan hahaha xD Rupa asal dia pun dah macam raksasa Ultraman. Design Godzilla pada filemnya pada tahun 1998 kurang menarik dan nampak ke-Amerika-annnya. Tapi kali ni, rupa bentuk Godzilla iras-iras yang asal, dan dikatakan lagi ganas! Masa press release Legendary Pictures, dorang cakap "An epic rebirth to Toho’s iconic Godzilla, this spectacular adventure pits the world’s most famous monster against malevolent creatures who, bolstered by humanity’s scientific arrogance, threaten our very existence." Tak sabar wehhh! Cepat klik sini untuk trailer!! Filem ini akan ditayangkan pada 16 Mei nanti.



4. The Hunger Games : Mockingjay, Part 1




Cerita ni adalah last chapter dari The Hunger Games Trilogy, dan ada dua part laa -.-' ni part pertama. Macam Harry Potter la plak. Masa tengok The Hunger Games yang first, rasa macam takut, berdebar, dan macam-macam lagi, tapi tak rasa thrill lagi. Masuk yang kedua punya, Catching Fire, uisshhh rasa macam bengang lak dengan President Snow! Rasa macam aku lak nak memberontak haha xD So, rasa tak sabar nak tengok apa yang jadi kat Mockingjay. Walaupun cerita ni berasaskan novel, tapi aku lagi enjoy tengok movie dia. So, aku taknak spoil cerita dia (lagipun, memang tak la aku nak baca, malas!), aku nak tengok movie dia dengan penuh rasa thrill dan excitement! Trailer belum keluar lagi! :'( Cerita ni bakal ditayangkan pada 21 November nanti. Apak lama lagi.



3. X-Men : Days Of Future Past




Okayy, macam yang aku cakap tadi, aku memang peminat Marvel! Lagi-lagi, X-Men!! Dari kecik aku dibesarkan dengan tengok kartun X-Men! Walaupun masa kecik aku bukan paham mana pun, tau Magneto jahat, X-Men baik, tu je, tapi bila dah besar, tengok dorang dihidupkan dalam big screen, rasa kagum tahap super saiya ke-4! Semua X-Men filem aku tengok dan minat! Karekter feveret, Wolverine! (apak tipikal) Cerita ni sequel dari X-Men : The Last Stand (2006) dan X-Men : First Class (2011), dan diadaptasi dari komik X-Men #141 dan The Uncanny X-Men #142 (Januari - Februari 1981). Watak-watak dari X-Men : First Class akan berganding bahu dengan watak-watak X-Men : The Last Stand, sebab dorang macam time travel kot. Dengar cerita lepas ni dorang nak start filming sequelnya lagi yang bertajuk, X-Men : Apocalypse! Apak tak sabar!!! Klik sini untuk trailer yang awesome! Cerita ini akan ditayangkan pada 23 Mei nanti!



2. Transformers 4 : Age Of Extinction




Jeng jeng jeng! Transformers 4 bakal tiba!! Aku memang dibesarkan dengan tengok cerita kartun Transformers (apak banyak cerita aku tengok masa aku dibesarkan -.-') dan dikelilingi dengan menan-menan Transformers! Transformers (2007) memang terbaik dan sequelnya, Transformers : Revenge Of The Fallen (2009) pun boleh tahan gak la. Tapi Transformers : Dark Of The Moon (2011) is a total disaster! Michael Bay ruined everything! Dengan watak robot yang mengarut dan jalan cerita yang menunjukkan askar Amerika power nak mampus, urghhh!! Tension! Michael Bay terima banyak feedback negative dan aku harap dia belajar dari kesilapan. Kali ni dia dah ubah semua robot, more like upgrading them. And dia cerita pasal Dinobots! Robot Autobot yang berupa Dinosaur! Warrghhh tak sabar!! Klik sini untuk trailer paling awesome! Cerita ini akan ditayangkan pada 27 Jun nanti! Yeayyy!!



1. The Hobbit : There And Back Again




Tadaa! The first movie yang aku paling paling paling nak tengok tahun ni! The Hobbit!! Aku memang peminat setia The Lord Of The Rings Trilogy, dan bila dah habis, aku rasa hampa lak sebab takda sambungan ke apa ke. Aku sampai mengimpikan supaya aku boleh delete memori aku pasal cerita The Lord Of The Rings (LOTR) tu, pastu tengok balik banyak-banyak kali sampai lebam! Well, benda tu sekadar angan-angan je, mane ada alat yang boleh delete certain memori dalam kepala kita haha xD The Hobbit is the closest thing to LOTR, so, mesti kena tengok la. Lagipun dia macam prequel kepada LOTR en. Aku tak sabar nak tengok macam mane dorang kalahkan Smaug yang apak menggerunkan tu! Macam biasa, ada buku The Hobbit sebenarnya, tapi aku lagi enjoy tengok movie bla bla bla tak nak spoil xD Setakat ni takda trailer lagi :'( Cerita ini akan ditayangkan pada 17 Disember. Apak lama!! Wuarrghhhh!!! T_T



Well there you have it, my Top 10 Most Anticipated Movies of 2014! Tahun depan lagi best, ada macam-macam lagi filem sci-fi yang menarik tapi tu tahun depan punya cerita la. Apa-apa pun, harap korang enjoy and suka dengan review aku ni. Kalau tak best ke ape ke, mintak maaf. Sila berikan komen ya, jangan malu-malu.

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

Tuesday, March 4, 2014

How I Met Your Mother In Real Life

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan banyak feedback positive, aku rasa cambest lak nak update blog selalu. hahaha.
Banyak benda aku nak share, rasa macam tak cukup satu entri kan. Ok lah, so dalam entri ni aku nak citer pasal persamaan hidupku dengan cerita How I Met Your Mother.

Korang mesti tengok punya How I Met Your Mother, kan? Cerita pasal Ted Mosby menceritakan kat anak-anak dia kisah macam mane dia ngan berjumpa dengan mak mereka. Cerita sitcom macam Friends pe semua tu la. Tapi yang bestnya, cerita ni life lesson dia memang real. Setiap episod mesti ade pengajaran hidup yang kite boleh relate dengan kehidupan seharian kite.

Well, macam mane aku relate hidup aku dengan cerita ni? Aku anggap diri aku macam Ted Mosby.




Aku selalu rasa diri aku macam Ted Mosby. Selalu mengejar cinta dan kena reject. Dulu aku pernah tergila-gilakan kat sorang perempuan ni, sampai aku jadi gila. Macam-macam benda bodoh aku buat, macam la si Ted gak. Tapi time tu masih muda, masih mentah, cinta tak diterima rasa macam the end of the world. Urghhh apak poyo!!

Aku pun ade sorang kawan yang besar dan tinggi, macam lah jugak Marshall Eriksen kat dalam cerita HIMYM (How I Met Your Mother), cuma dia takda Lily lah haha xD Nama dia Masrour, and he's one of my bestest friend ever. Kitorang pun bongok-bongok macam Ted dengan Marshall. Selalu dalam dunia kitorang je. Kalau datang sleepover kat rumah dia, memang tak tertidur lah kitorang sebab pillowtalk sampai lebam! (okay, laki pun ade pillowtalk)




Misi hidup aku dulu sama lah macam Ted, mencari teman hidup sejati. Cuma bezanya, aku mengejar sorang ni je dan tak pernah dapat-dapat. Aku kecewa sangat-sangat dan rasa macam nak move on. That's when I met Yuyu Zulaikha. Time awal-awal kitorang kenal, aku banyak sakitkan hati Yuyu, sebab aku still tak dapat lupakan si dia yang aku dok tergila-gilakan tu. Sampai pernah lost contact dengan yuyu dekat nak 2 tahun gak lah.

Lepas dah lama lost contact dengan Yuyu, aku dah muak asyik dok terkejar-kejar si dia macam orang gila je, aku pun contact Yuyu balik. Ajak jumpa dan buka puasa sama-sama. Aku ikhlas nak berjumpa dengan Yuyu dan aku betul-betul dah sedar yang selama ni aku sangat buta dok kejar benda yang tak ada. Masa berjumpa untuk buka puasa tu, my heart stopped, aku tergamam tengok Yuyu. Sangat comel, sangat baik hati, sangat lemah lembut. Aku jatuh cinta.

Pada saat tu, aku tau, aku kena berusaha untuk jadi a better man buat Yuyu. Jadi, aku nekad untuk menjadikan Yuyu Zulaikha isteri aku yang sah. Aku perlahan-lahan berubah dari remaja ke dewasa. Ramai yang kata, "kenapa kau berubah,jet? why not be yourself?". Aku tak jawab, sebab aku sorang je yang tau, I am myself, only better. Yuyu Zulaikha brings out the best in me.

Sekarang baru aku perasan. Aku bukan Ted Mosby. Aku lah Marshall Eriksen. dan Yuyu adalah Lily Aldrin aku. Kami berdua ada banyak persamaan dengan pasangan Marshall dan Lily. Mereka sangat sweet dan masing-masing perangai macam bongok skit. Marshall besar dan tinggi dari Lily, tapi die lembut sangat dengan isteri die, dan sangat penyayang. Lily plak kecik comel je, tapi sangat tegas dan garang! Well, persamaan ni aku nampak selepas aku kahwin dengan Yuyu. :')



Aku harap, aku akan menyayangi isteri aku seperti Marshall menyayangi Lily. In fact, aku akan menyayangi isteriku sebanyak mana seorang manusia mampu menyayangi pasangannya. Walaupun macam merepek nak samakan dengan watak-watak dalam cerita, tapi aku rasa kadang-kadang, watak dalam cerita lagi bagi banyak inspirasi kepada aku. Kan aku dah cakap, aku gila TV skit!

Sekarang aku dah lama tak follow cerita HIMYM sebab pakai internet pakai broadband je, kat area rumah takde landline untuk pasang streamyx isk isk isk :'( Ape cite tah dengan wedding Barney...

Sampai di sini je aku mampu share hari ini. Terima kasih kepada pembaca sekalian, kalau tak best ke ape ke, jangan segan-segan komen. 

Until then, sayonara!

Assalammualaikum. 





Saturday, March 1, 2014

Preparing For Fatherhood

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau korang baca title, mesti korang pikir "Apak awal gile nak preparenya pun!" Ahahaha xD Well, it's never too early to start eh?

Terlebih dahulu, kepada sesiapa yang belum tahu atau sengaja buat tak tau, isteri aku, Yuyu Zulaikha, dah 7 minggu pregnant, alhamdulillah! Kalau aku imbas balik pada 2 tahun yang lalu, aku yang time tu memang takkan bersedia atau expect yang lagi 2 tahun aku akan jadi seorang ayah. Tetapi sekarang, insyaAllah aku bersedia...

Seminggu selepas kitorang berkahwin, dah habis kenduri bersanding di Perak pada 22hb Disember, Yuyu dah start rasa demam dan cepat letih. Pada mulanya, aku ngan Yuyu rasa macam mungkin sebab penat kot ngan kenduri pe semua tu. Dah la habis kenduri tu, kitorang merantau ke Cameron Highland dan Johor sebab nak melawat saudara-mara selama seminggu!

Time kat Cameron Highland. Tu ha Yuyu tengah cover sakit wekkk!

Lepas balik dari perjalanan panjang kitorang tu, kitorang balik ke rumah mama aku kat Sungai Buloh. Lepas tu, hah, kitorang ape lagi, tidor terbungkang la hahaha xD Ingatkan dengan cukup rehat tu, Yuyu bleh la recover dari sakit-sakit die tu. Tapi melarat lak, makin teruk. Aku pun suspect yang die ni pregnant la! Punyalah happy macam dapat pulut, belum ape-ape lagi dah citer kat mama ngan adik-beradik! Happynya!! :')

Pasrah. Rupanya false alarm... Bile buat pregnancy test, turns out negative. Kitorang rasa hampa sangat-sangat. Bile jumpe doktor pun, die explain la yang Yuyu sakit-sakit tu sebab lama sangat penat dan tak cukup rehat. Takda rezeki. :'(

14hb Februari, pagi kat rumah mama. Yuyu bangun-bangun je, takda selera nak breakfast. Pedih ulu hati katanya. Aku pun google la remedy untuk pedih ulu hati ni. Banyak lak yang tulis pasal pedih ulu hati ketika hamil. Aku pun bagitau Yuyu yang aku rasa die maybe pregnant, die tak caya. Sebab taknak beri harapan katanya. Takpe la, aku pun bawak la die g beli pregnancy test untuk nak confirmkan tekaan aku tu. Lepas tu balik, aku pun mandi la siap-siap nak g solat Jumaat. Tiba-tiba aku dengar Yuyu menjerit kuat gile. Rupa-rupanya test tadi tu POSITIVE!!!

Dalam waktu tu, my manly tears pun meleleh je. Alhamdulillah! I'm gonna be a dad!! Tak caya punya pasal, lepas solat Jumaat, pergi lagi kedai beli lagi 2 pregnancy test. Kaya kedai tu. Dengar cerita terus tutup seminggu. xD

Dua-dua test tu pun positive! Wahhh!!
Rupanya dah 5 minggu lebih dah pregnant time kitorang test ni!

Kitorang punyalah excited, terus la nak pergi beli barang baby pe semua. Tapi mama tak bagi, katanya orang tua-tua kata tak elok beli awal-awal. Wekk :'( Kitorang pun pergilah buat check-up kat hospital. Pergi ke Gombak Medical Center la, Pusrawi la, KPJ la. Sebab nak cari yang terbaik untuk Jet Junior ni hehe (okay dah bagi nama timangan, Jet Junior) xD


Gambar ultrasound waktu kat Pusrawi. Kecik je Jet Junior alahai xD

Aku tak sabar nak tau die laki ke perempuan, kembar ke. Tapi apa-apa pun, aku bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan pada aku dan juga isteri aku, tak kira la jantinanya laki atau perempuan. Aku mohon kepada para pembaca sekalian doakan kami dan kandungan ya!

Dan juga kepada isteriku yang tercinta, you know I will always be there for you, baby. I love you. ♥


Terima kasih kepada pembaca sekalian, kalau tak best ke ape ke, jangan segan-segan komen. InsyaAllah, kalau dapat feedback positive, aku akan update blog sekerap mungkin. Wuuhuu!

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.

Sunday, February 23, 2014

Salam perkenalan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Haaaa kome sume mesti pelik en tengok abang one jet plak blogging ni hahahaha xD kak yuyu kome dah 6 minggu pregnant! Alhamdulillah! Sekarang ni, beliau tak mampu nak berblogging banyak-banyak, yang die tau, nak makan buah dan asam sampai lebam. Kami pun kat Langkawi ni, sedang bercuti di kampung halaman. Tak tau nak buat ape dah, aku pun cuba lah berblogging untuk meluangkan masa. hehe xD kalau tak best, minta maaf la ya.

Terlebih dahulu, aku perkenalkan diri ya. Nama aku, Izwan Safuan. Umur baru 25, muda lagi... wuu :'(
Asal orang Perak. Bapak orang Batu Gajah, mak orang Bidor. Memang kume orang Perak piyau la jawabnya uii! 

Haa ni gambar zaman aku muda-muda dulu! Time ni tak kenal lagi kak yuyu. Pikir pasal masa depan pun idak xD

Sebelum aku berkahwin dengan Yuyu Zulaikha, hidup aku memang dengan muzik je. (sekarang pun kadang-kadang hidup muzik gak muehehe) Apa dalam kepala otak aku semua muzik je. Aku rasa nak luahkan perasaan aku through muzik. Aku nak kongsi pengalaman hidup, pengajaran, perasaan, dan macam-macam lagi. Sebab tu aku buat band! Boleh compose muzik untuk dikongsi beramai-ramai. 

Dari situlah, band aku, Ballad For Layla, mula bergerak dan membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur dan mereleasekan EP kami yang berjudul, The Awakening pada tahun 2011. Sekarang, kami masih lagi aktif, cuma masing-masing tengah busy ngan kerja pe semua kan.


Ini Music Video kami yang pertama, ditaja oleh Astro. Lagu ini  berkonsepkan Melodic Metalcore, tidak disarankan untuk didengar oleh orang lemah semangat dan ibu mengandung xD


Ini pula gambar dari persembahan kami buat pertama kalinya di Rock The World pada tahun 2011. (dan yang terakhir wuu...)

Well, hidup aku dulu memang macam ni lah, untuk expresskan diri aku, aku jadikan band Metal aku ni sebagai outlet. Tapi aku bukannya minat Metal je, aku sebenarnya lebih minat muzik instrumental dan orchestra. Mungkin sebab dari kecik aku suka tengok movie pe semua en, aku minat gile dengar background muzik tu.

Aku selalu bayangkan yang hidup aku ni penuh dengan background music. Kadang-kadang tu sampai jadi epic melampau-lampau, padahal suasana biasa je haha xD Kalau tiba-tiba nak terberak ke en, mula la lagu The Amazing Race dalam kepala time tengah nak rushing ke toilet! -.-' Banyak terpengaruh ngan TV ghopenye (rupanya) abang One Jet ni en...

Dari kecik, aku memang membesar dengan anime dan movies pe semua.So secara tak langsung, aku pun sangat cepat terpengaruh dan mempraktikkannya ke dalam kehidupan seharian elehhh! xD Imaginasi aku sangatlah tinggi, sampai aku rasa lagi tinggi dari IQ aku muekkk :'( Aku plak suka gila melukis. Memang its in my blood, belah mak aku memang pandai-pandai lukis belaka. Jadi, instead of studying, aku banyak habiskan masa dengan melukis anime kat buku-buku latihan. Time exam pun, kertas exam penuh ngan kartun-kartun merepek hahaha xD


Photo by : The Zahara Official

Sekarang ni, aku pun dah berkahwin. Bakal jadi seorang bapak pulak tu ehehe :D Apa-apa pun, aku takkan tinggalkan muzik dan imaginasi aku, sebab itu sebahagian dari diri aku. Alhamdulillah, kak yuyu kome pun terima aku dengan seadanya, malah, siap support aku dalam bidang muzik. Wuu terharunya daku :')

Well guys, nampaknya sampai sini saja yang aku mampu berkongsi untuk hari ni. Minta maaf kalau ayat berterabur atau cerita berterabur, maklumlah, first time nak berblogging kome oii! xD

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.