Friday, May 23, 2014

Don't Judge A Book By It's Cover

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

First of all, korang mesti dah penat dengar ayat aku ni, aku busy sampai tak sempat nak update belog, yes betul hahaha! Abang busy melampau ni, derr. La ni pun sempat la update skit-skit sebab tengah bercuti di kampung halaman di Langkawi. Sorry ya, pembaca sekalian.

Entri kali ni aku nak bercerita pasal pandangan orang dari segi paras rupa. Baru-baru ni, ada seorang pembaca blog isteri aku email personally ke isteri aku. Seorang gadis bernama Ain (bukan nama sebenar), yang mempunyai persamaan dengan isteri aku dari segi ketinggian. Ain sebelum ni takda la kurang confident, tapi pabila seorang lelaki yang diminatinya sering membahannya mengenai ketinggiannya, Ain mula rasa insecure. Dia tanya kat Yuyu, macam mana Yuyu ada self confidence walaupun bertubuh genit dan bagaimana aku terima Yuyu seadanya.

Well, lad, aku tak pernah judge Yuyu dari segi paras rupa. In fact, aku tak sedar pun Yuyu rendah sangat-sangat pada awal detik perkenalan kami. Sebab aku memang sangat terpegun dengan personalitinya dan jatuh cinta dengan dirinya yang sebenar. Yuyu dan aku ada banyak persamaan, bila kami bersama, kami masing-masing boleh jadi diri sendiri dan rasa sangat selesa. Paras rupa sangat tak penting, bagi aku.

 

Lagipun, ketinggian Yuyu tu bukannya benda yang patut mengurangkan self-confidence dia. It is a gift, dia nampak comel kot! Alalaa dak comel tu! Bagi aku, dia lah wanita yang tercantik dalam dunia. Aku terima dia seadanya (which is gorgeous, of course) sebagaimana dia terima aku.

Kali pertama aku rasa Yuyu paling cantik, adalah waktu pertama kali aku tengok dia tanpa mekap. Keindahan wajah semulajadinya, tiada tolok bandingnya! Sampai sekarang, aku selalu bagitau dia bertapa cantiknya dia kalau tak pakai mekap, dan aku tak bagi dia pakai mekap tebal-tebal! Sebab aku suka tengok wajah natural dia, bukan wajah yang dah dialter tu.

So, kepada Ain, atau sesiapa saja yang mengalami masalah seperti kurang confident dari segi paras rupa, sering dibahan, atau takut tak diterima orang yang diminati, ingat, di luar sana, Allah S.W.T simpankan seseorang yang akan terima korang seadanya, yang selalu bagitau bertapa cantiknya anda, yang bakal menjadi teman hidup dan kawan baik korang selama-lamanya. Hargai diri sendiri, itu yang paling penting. Learn to love yourself, because if you don't, you can't love others, thus, you can't be as good as you are supposed to be.

Well, sampai sini saja entri aku kali ni. Sorry pendek sangat! Kekurangan idea dan masa! Kalau ada apa-apa komen dan sebagainya, silalah comment atau personally email aku ya!

Until then, sayonara!

Assalammualaikum.